Dengan snang hati ak bg korang copy paste je pengenalan report latihan industri aku.

BAB 1 : PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG ORGANISASI


1.1 Pengenalan


1.1.1 Pendahuluan

Latihan industri adalah merupakan salah satu komponen utama dalam ko-kurikulum pembelajaran di Politeknik. Lulus latihan industri adalah salah satu syarat wajib bagi setiap pelajar politeknik sebelum ianya layak diperakukan untuk penganugerahan sijil atau diploma politeknik. Latihan industri ini juga berkuatkuasa pada semester ketiga bagi pelajar – pelajar yang mengambil kursus peringkat sijil dan semester keempat pula bagi pelajar – pelajar yang mengambil kursus peringkat diploma. Justeru itu, latihan industri ini akan dijalankan selama enam bulan atau pun selama satu semester.



Selain itu, para pelajar juga diberikan kebebasan untuk membuat pilihan sama ada ingin menjalani latihan industri di jabatan kerajaan mahupun di firma swasta mengikut kehendak masing - masing. Namun begitu ianya juga perlulah bersesuaian dengan kursus yang diambil oleh pelajar di Politeknik Shah Alam, kerana ianya adalah suatu perkara yang amat penting bagi seseorang pelajar tersebut agar mereka tidak perlu membazir masa dan tenaga bagi suatu pekerjaan yang tiada kaitan dalam bidang yang mereka ceburi semasa di politeknik. Tetapi jika sudah tiada pilihan terpaksalah kita akur dengan pekerjaan yang kita perolehi semasa menjalani latihan industri tersebut dengan redha dan tabah.


Setiap pelajar akan ditempatkan di jabatan kerajaan atau firma swasta pilihan mereka sendiri selama satu semester untuk mendedahkan mereka kepada suasana bekerja yang sebenar. Oleh itu, kita dapat lihat perbezaan di antara suasana semasa alam pekerjaan dengan situasi semasa di dalam dewan kuliah adalah amat berbeza sekali.


Hal ini kerana latihan industri ini adalah merupakan salah satu peluang untuk para pelajar mempelajari sesuatu yang baru dan ianya tidak terdapat di dalam dewan kuliah semata – mata. Oleh yang sedemikian, latihan industri ini amatlah penting dan berguna untuk para pelajar bagi memperolehi pengalaman baru dan ianya juga dapat membentuk sahsiah diri yang baik serta dapat mendisiplinkan diri seseorang pelajar tersebut mengikut waktu dan keadaan.


Justeru itu, segala ilmu dan pengalaman yang telah diperolehi semasa latihan industri inilah yang akan membantu para pelajar semasa melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar nanti. Dengan adanya latihan industri inilah para pelajar dapat melalui dan memperolehi pendedahan terhadap situasi alam pekerjaan yang sebenar iaitu berbeza dengan alam persekitaran sewaktu di dalam dewan kuliah tersebut.

Setiap masa yang dipenuhi semasa latihan industri ini mestilah dimanfaatkan sepenuhnya dengan sebaik mungkin. Kita haruslah bijak mengatur langkah dan masa yang ada agar kita tidak kerugian di kemudian hari kelak. Dengan tidak hanya melakukan kerja – kerja yang sama setiap hari, pelajar juga perlulah bijak mencari sebarang kerja yang berlainan untuk dilakukan setiap masa. Ini adalah merupakan salah satu cabaran untuk para pelajar dalam latihan industri. Ini secara langsung dapat menerbitkan komunikasi di antara pelajar dengan staf - staf di syarikat tersebut.


Secara keseluruhannya, latihan industri ini dapat membantu para pelajar berkomunikasi dengan orang luar secara tidak langsung, ianya juga tidak tertakluk kepada rakan sekuliah dan juga pensyarah sahaja. Pelajar juga akan terdedah kepada persekitaran luar semasa menjalani latihan industri, misalnya apabila pelajar dikehendaki melayan tetamu ataupun pelanggan syarikat.


Justeru itu, komunikasi yang dipelajari semasa latihan industri tersebut amatlah berguna kepada para pelajar apabila mereka memasuki alam pekerjaan pada masa akan datang.


Selain itu juga, latihan industri ini dapat membantu pelajar dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi semasa menjalankan tugas yang telah diberikan. Dengan itu, pelajar dapat berfikir dan berkongsi pendapat bersama – sama staf dalam mencari penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi tersebut. Secara langsung melalui latihan industri ini juga ianya dapat dijadikan pengalaman baru dan pengajaran yang berguna kepada para pelajar apabila mereka sudah bekerja kelak.

Kesimpulannya, latihan industri ini amatlah penting kepada para pelajar untuk meningkatkan prestasi diri dan menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan. Disamping itu, melalui latihan industri ini juga para pelajar dapat menimba pengalaman baru dan dapat merasai sendiri suasana alam pekerjaan yang sebenar.


Justeru itu, palajar akan berasa rugi sekiranya tidak menjalani latihan industri ini dengan sebaik mungkin. Oleh itu, dengan adanya latihan industri ini sedikit sebanyak dapat memberikan semangat kepada para pelajar untuk terus belajar dan memperolehi kelulusan yang cemerlang kemudian seterusnya mendapatkan pekerjaan yang bagus tidak kiralah samada pekerjaan tersebut di jabatan kerajaan mahu pun di firma swasta.


1.1.2 Objektif Latihan Industri


Pelajar disyaratkan lulus dalam latihan industri ini sebelum ianya dapat diperakukan untuk penganugerahan sijil atau diploma politeknik oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Pelajar yang menjalani latihan industri ini tidak kira sama ada di jabatan-jabatan kerajaan atau di dalam sektor-sektor swasta akan didedahkan dengan pelbagai cabaran dan masalah yang sememangnya wujud di dalam dunia mahu pun di alam pekerjaan.


Tujuan utama latihan industri ini sebenarnya adalah untuk memberi bimbingan dan pengalaman baru kepada pelajar - pelajar yang akan atau pun bakal menempuhi segala cabaran dan onak duri di alam pekerjaan nanti. Para pelajar juga haruslah sentiasa akur dengan peraturan – peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak politeknik atau pun pihak syarikat dalam mendidik diri para pelajar untuk menjadi manusia yang lebih berdisplin dan berkualiti pada masa akan datang kelak.

Antara objektif latihan industri adalah :

i. Membina personaliti individu yang baik.
ii. Memberikan pendedahan kepada pelajar terhadap alam pekerjaan yang sebenar.
iii. Menambahkan dan meluaskan pengetahuan teknikal serta kemahiran berfikir di kalangan para pelajar.
iv. Menimbulkan kesedaran dalam diri dan meningkatkan minat pelajar terhadap bidang atau jurusan yang di ambil semasa di politeknik.
v. Dapat membina keyakinan diri.
vi. Membolehkan para pelajar mengaitkan teori - teori yang telah dipelajari dengan aspek - aspek praktikal di firma.
vii. Melahirkan pelajar yang berkualiti dan cemerlang.
viii. Menanamkan semangat kerja berpasukan dan perhubungan baik sesama pekerja.
ix. Menanamkan sifat kepimpinan kerja yang baik.
x. Mengamalkan peraturan dan etika kerja dengan baik.
xi. Dapat berkomunikasi dengan berkesan dan baik apabila berhadapan dengan orang luar.
xii. Menanam sifat amanah dan bertanggungjawab.
xiii. Mengamalkan peraturan – peraturan keselamatan samasa di industri.


1.1.3 Objektif laporan latihan industri


Laporan latihan industri ini disediakan bagi mendokumentasikan aktiviti-aktiviti dan pengalaman para pelajar sepanjang tempoh mereka menjalani latihan industri tersebut serta sebagai bahan bukti bahawa seseorang pelajar itu telah pun menjalani latihan industri. Laporan yang baik serta bermutu boleh digunakan dalam temuduga kerja kelak. Di samping itu, ianya juga boleh dijadikan sebagai sumber rujukan kepada para pelajar lain yang bakal menjalani latihan industri yang sama. Laporan latihan industri ini juga adalah sebagai memenuhi syarat untuk lulus dalam semester yang diduduki sepanjang tempoh latihan tersebut dijalankan.


Selain mendapat pendedahan yang lebih awal mengenai situasi alam pekerjaan yang sebenar, pelajar - pelajar juga dapat memahami dengan lebih mendalam lagi tentang bidang yang diceburi tersebut. Di samping itu, para pelajar juga dapat menyesuaikan diri untuk berkomunikasi dan bergaul mesra dengan para pelanggan, staf-staf serta golongan-golongan atasan di dalam sesebuah syarikat tersebut. Dengan cara ini, para pelajar dapat menghilangkan rasa gementar dan rendah diri yang ada di dalam diri seseorang pelajar tersebut.


Selain daripada itu, melalui latihan industri ini juga para pelajar dapat bekerjasama dengan kakitangan syarikat dengan lebih mudah andai kata mereka ingin meminta bantuan untuk memperolehi maklumat – maklumat yang diiginkan. Di samping itu, ianya juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim pelajar dengan kakitangan syarikat berkenaan. Justeru itu, melalui latihan industri ini juga para pelajar dapat meningkatkan keyakinan diri dalam semua hal.


Para pelajar juga boleh menonjolkan bakat yang sedia ada di dalam diri masing – masing tidak kiralah samada di dalam pembaikan komputer dan sebagainya. Melalui latihan industri ini juga para pelajar diingatkan supaya haruslah sentiasa berwaspada dan mengamalkan tatatertib yang baik semasa menjalani latihan industri tersebut. Dengan cara ini, ianya dapat meningkatkan disiplin diri seseorang pelajar tersebut untuk menempuhi liku –liku hidup kelak.

Melalui latihan industri ini, para pelajar dapat memberikan kepuasan kepada pegawai-pegawai atasan melalui hasil penulisan laporan yang baik di mana melalui penghasilan laporan tersebut, pegawai-pegawai atasan dapat melihat dan menilai sejauh mana prestasi seseorang pelajar tersebut yang berada di bawah kelolaan mereka boleh memberikan komitmen dan tumpuan sepenuhnya terhadap segala ilmu yang pernah mereka curahkan sepanjang tempoh para pelajar tersebut terbabit dalam menjalani latihan industri di syarikat mereka.


1.1.4 Kepentingan Latihan Industri


Latihan Industri ini adalah merupakan salah satu latihan dalam membentuk jati diri para pelajar agar lebih didedahkan dengan sifat - sifat seperti bertanggungjawab dalam melaksanakan sesuatu kerja dan patuh terhadap setiap arahan yang telah diberikan. Dengan berbekalkan pengalaman-pengalaman tentang cara – cara bekerja semasa menjalani latihan industri, para pelajar dapat menjadikan pengalaman-pengalaman tersebut sebagai salah satu aset yang amat berharga ketika ingin mencari atau mendapatkan sesuatu pekerjaan pada masa akan datang kelak. Pengalaman – pengalaman yang telah diperolehi semasa menjalani latihan industri itu, bolehlah dijadikan panduan dan ianya juga boleh dijadikan sebagai suatu bahan bukti untuk kita mencari dan mendapatkan kerja yang baik..


Melalui latihan industri ini, para pelajar dapat menghindarkan perasaan kekok apabila menjalankan tugas seharian sewaktu memasuki alam pekerjaan yang sebenar kerana para pelajar telah dilatih dan diajar untuk menunaikan tanggungjawab mereka apabila menjalani latihan industri di badan syarikat masing - masing. Dengan wujudnya latihan industri ini, para pelajar dapat meluaskan minda dan bersikap lebih terbuka serta matang berhubung dengan persekitaran alam pekerjaan yang sebenar melalui penggunaan secara maksima ke atas setiap pengalaman dan pengajaran yang pernah dilalui dan ditimba oleh para pelajar. Selain itu, pelajar – pelajar juga dapat mencari inisiatif sendiri bagi menyelesaikan sesuatu masalah yang mungkin wujud semasa di alam pekerjaan yang sebenar. Seterusnya, mereka dapat memanipulasikan keadaan sekeliling hanya dengan menggunakan pengalaman sewaktu mereka menjalani latihan industri tanpa mengharapkan bantuan daripada orang lain.


Selain daripada memikul tanggungjawab yang diberikan oleh majikan semasa menjalani latihan industri, para pelajar juga memikul satu lagi tanggunjawab iaitu tanggungjawab dalam menjaga maruah dan nama baik politeknik masing - masing dengan menonjolkan diri sebagai seorang pelajar yang berdedikasi dan berkualiti dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan dengan sempurna, cepat dan tepat. Selain itu, para pelajar juga dapat mempelajari cara-cara untuk berinteraksi atau berkomunikasi dengan setiap kakitangan syarikat dan pelanggan dalam usaha untuk memajukan syarikat dan untuk mempertingkatkan kemajuan diri sendiri. Melalui latihan industri ini juga, para pelajar dapat menyesuaikan diri dengan alam persekitaran dan budaya pekerjaan yang wujud di dalam sesebuah syarikat tersebut. Disamping itu, kita juga dapat melihat tingkahlaku dan cara kerja setiap kakitangan yang positif dan negatif dalam melaksanakan dan menyempurnakan sesuatu tugas yang diamanahkan kepada mereka.


Justeru itu, latihan industri ini juga secara tidak langsung dapat membina dan mengubah personaliti serta imej seseorang pelajar tersebut menjadi seseorang yang amat berkaliber, berkeyakinan tinggi serta dapat membantu masyarakat terutamanya dalam meningkatkan kesedaran, keupayaan dan taraf hidup masyarakat sekeliling.


Justeru itu, latihan industri ini bukanlah diwujudkan semata-mata untuk memenuhi syarat -syarat untuk lulus bagi mendapatkan sekeping sijil atau diploma, bahkan ianya juga dapat digunakan dalam melahirkan seseorang pelajar yang amat berkualiti, efisyen dan memenuhi keperluan industri serta berguna kepada masyarakat dan negara kelak.

0 comments: